CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 9, 2008

pindah atau tidak...???

masih lagi berkisar tentang kecelaruan fikiran aku...

kakak masih lagi tanya, jadikah aku pindah balik sabah? apa patut aku jawab?
kalau ikutkan hati... sekarang juga aku pindah. tapi... pindah bukan satu kerja yang mudah, banyak perkara perlu difikirkan.

julie dan ani sudah hilang kepercayaan pada aku. diorang ingatkan, aku cuma main2 saja. tapi sebenarnya... jauh di sudut hati aku aku memang mau pindah balik sabah. aku dah janji dengan julie... paling lewat tahun 2010. insyaallah...

betul kata kakak, aku dah terlalu lama tinggalkan sabah. sedar tak sedar dan 30 tahun, dah lebih dari separuh hidup aku. dah sampai masanya aku balik... kata kakak. 10 tahun aku mendapat pendidikan di semenanjung... dan sudah lebih hampir 20 tahun aku berkhidmat di bumi malaya ini.

sebelum itu... aku tak pernah lupa yang aku jugak pernah mendapat pendidikan di bumi kelahiran aku... walau cuma 6 tahun di sekolah rendah. kakak selalu cakap... aku mendapat pendidikan yang bagus di sini adalah hasil duit rakyat sabah... yang menanggung biasiswa aku.
10 tahun aku hidup dengan biasiswa rakyat sabah. tapi apa balasan aku pada rakyat sabah? apa sumbangan aku pada negeri aku?

atas sebab musabab itulah aku rasa aku patut pindah balik sabah. insyallah aku akan habiskan sisa2 perkhidmatan aku di negeri aku pulak. doakan aku berjaya...

satu lagi sebab kenapa aku teringin sangat nak balik ialah... kasih sayang yang besar.

kasih sayang yang besar? apa bendanya tu?

di sabah aku punya famili yang besar, ramai dan luas. kalau dulu aku tak pernah ingaukan semua tu. tapi sekarang... aku dapat rasakan, sebesar itulah... seramai itulah... seluas itulah... kasih sayang yang ada disekeliling kami semua...

'kasih sayang besar membuat jiwa manusia besar, tapi sayang... tidak setiap insan bisa memilikinya...'
ungkapan ini aku petik dari sebuah novel indonesia yang aku baca zaman kanak2 aku di kampung dulu. kalau tak silap aku, tajuknya... 'ali topan'

0 tetamu aku: