CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 27, 2008

reunion 2008 - polisas pk8587

zaki, sofuan@myhubby, kamarulzaman, azman@man penang, sanif
sabri@kent, basran, aku, zainal, ramli@uda

25 - 27 disember 2008, bertempat di Lumut Country Resort... pertemuan semula sebuah persahabatan yang telah 'berpisah' lebih 21 tahun.

pertemuan yang sekian dirancang, diimpikan dan dinanti... hampir tidak menjadi pasti. tapi... atas usaha gigih uda@ramli dan sokongan kuat dari zainal, akhirnya impian jadi realiti. walau cuma 11 orang yang hadir, tapi sudah memadai untuk meleraikan segala kerinduan...

mengimbau memory silam... di tahun 1985 hingga 1987
terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah kami lalui bersama. jerit pekik, gurau senda, kutuk mengutuk, perli memperli, rajuk merajuk sudah menjadi mainan kami. heppeing giler waktu itu. banyak perkara yang kami lakukan bersama... terlalu banyak kenangan...

zaki... sahabat yang baik dan sentimental. awal2 lagi dah declare ada makwe, eliza namanya. zaki memang setia, eliza kini jadi isterinya. mereka dikurniakan 3 orang putera yang hensem2. zaki masih macam dulu... tak banyak cakap, maintain sentimental.

sofuan... juga sahabat aku yang paling baik masa itu, caring dan baik hati... sekarang dah jadi hak milik kekal aku...

kamarulzaman... sahabat yang paling aku sayang masa itu. dia agak pendiam... tapi dengan aku, pendiamnya hilang entah kemana. seronok gurau dengan dia... dia baik, tak pernah menjengkelkan. hari akhir aku di semenanjung masa final year, man belaja aku makan kat benteng kl dan hantar aku sampai pudu raya. mak dia ingat aku makwe dia.
man masih macam dulu juga... dia dah ada isteri yang cantik, nor ayu namanya dan sepasang putera puteri.

halim... jawa johor. mula2 jumpa, takut nak dekat dengan dia, macam garang sesangat. tapi lepas itu... baru tau halim budak baik sebenarnya. aku lupa... apa kenangan aku dengan dia. tapi halim kini dah jadi suami kepada kamila dan ayah kepada 2 orang putera dan seorang puteri.

azman... man penang. mamat sorang ni... terkenal kerana hidungnya. kelakar sangat, kerana hidungnya aku hampir patah kaki. man penang pun sebenarnya tak banyak karenah. tapi... dia buat kami semua panik masa dia kena operation. masa tu kami terlibat dalam program keusahawanan pelajar negeri pahang. man tauke rojak buah... resepi kat dia, tapi dia dah ko. alamak... nasib baik ada aku...
man berkahwin dengan zainon bariah dan dikurniakan seorang putera dan 3 orang puteri.

sanif... dia ni kurang geng dengan kami. dia asyik mengorat aida, budak elektrik tu. tak pernah jemu, walaupun aida tu buat tak tau kat dia. aida tu cantik... sanif dah lah tak berapa nak hensem masa tu... tapi kuasa Tuhan... aida kini jadi isteri dia jugak. diorang dah dikurniakan sepasang cahaya mata yang hensem dan comel.

sabri... kami panggil dia kent. dia ni musuh ketat aku, pantang ada peluang kami akan gaduh. tak ada sebab pun, kami akan cari sebab untuk gaduh. aku rasa masa tu... kamilah yang mengheppeningkan kelas tu. tapi kent sebenarnya baik hati. sahabat sejati aku. kent sanggup datang naik motor dari klang ke subang airport nak hantar aku balik sabah masa final year.
kent kini dah jadi milik kepada wanita bernama azlina dan dikurniakan sepasang cahayamata.

basran... anak jati kota, bukan kota kuala lumpur tapi kota negeri 9. banyak gelaran kami bagi kat dia... hulk hogan, baskaran singh... basran pun tak banyak cakap sebenarnya. tapi dia di antara member baik. basran juga dah ada sepasang putera puteri hasil perkongsian kasih dengan wanita bernama rosmariny.

zainal... anak jati kuantan. dialah tonggak utama kami, sumber kami... mentang2lah dia orang kuantan, masalah domestik semua serah kat dia. sekali sekala aku suka juga gaduh dengan zainal ni. tak boleh lupa... tengah2 malam ikut zainal cari member yang hilang... geli hati ada, seram pun ada.
zainal memang baik hati dari dulu... suka tolong kawan. reunion kali ni pun dia banyak sponsor. alhamdulillah rezeki dia murah. kontraktorlah katakan...
tapi aku sedih jugak tingok dia, coz dia sorang aje yang semakin kurus.
nor suriati... wanita yang berjaya menambat hati zainal. mereka kini bahagia dengan kehadiran 3 orang puteri dan 2 orang putera.

ramli... juga dikenali sebagai abang uda. ramli sahabat kesayangan aku. ramli sebenarnya kembar aku. kami dilahirkan pada tarikh yang sama dari perut ibu masing2. kami memang ngam dari dulu, sekali sekala aje gaduh. dialah orang yang paling aku nak jumpa selepas kami berpisah lebih 20 tahun lepas. kini... ramli dah jadi ayah kepada 2 orang putera dan 2 orang puteri hasil perkongsian hidup dengan asmah. mereka sedang menanti kehadiran anak ke 5.

mereka2 ini cuma sebahagian kecil dari semua sahabat aku. ramai lagi yang aku rindui... yang aku ingin temui... tapi ruang dan waktu belum mengizinkan. insyaallah... reunion seterusnya yang akan dibuat pada disember 2010 di cherating akan menemukan kami semua.

aku sebenarnya terlalu merindui... jasni, mulyadi, talip, zizi, azizee, anuar, mat cheh, mail, akmar dairy,arif mahadi, che amer, lina, yati, dara, chang, ros, hamsina, kawaljit, hasnah, isnariah, liza, jacqueline, poh cheng, salilah... dan lain2 lagi... yang mungkin aku terlupa.

6 tetamu aku:

nrsyzn_ranik said...

Kalau mak Uda mau makan ambuyat melanconglah ke brunei

nrsyzn_ranik said...

PS to Aishah:
cantik blog kak aishah tu.
updatelah selalu ya!!!!!!!!!!!

Unknown said...

Saya juga bekas pelajar POLISAS sessi 85/87, kursus MD (Memproses Data Perniagaan) , Masa tu pengetuanya adalah En Ahmad Sipon, dan Ketua Bahagian Perdagangan En Ahmad Sukeri, kalau tak silap saya. Yang saya ingat masa tu ada seorang student perempuan bangsa siam, Dara namanya. Dalam gambar yang disertakan saya masih lagi boleh mengenali seorang dua. Kalau u all perasan ada seorang budak lelaki kelantan yang rambutnya putih sebaris kat tengah kepala, namaya azmi 'punk', dia tu satu kelas dengan saya. Saya pernah menjadi Naib Presiden MPP selama satu sessi. Nama saya Bahiruddin Bin Khalid 108/MD/1985.

Unknown said...

No pendaftaran saya 143/MD/85..kita satu kelas bahiruddin.
do contact me thru
maznahfim@gmail.com

Unknown said...

No pendaftaran saya 143/MD/85..kita satu kelas bahiruddin.
do contact me thru
maznahfim@gmail.com

Unknown said...

As salam buat semua studen polisas 85....vedo 65/85