CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 20, 2009

cemerlang ke aku?

situasi 1 (hari ini)

untuk kesekian kalinya...
aku naik lagi ke pentas 'Hari kecemerlang Akademik' di sekolah aku pagi tadi.
menerima sebuah plak dan sijil tercatat...
anugerah pencapaian cemerlang PMR 100% bagi matapelajaran.....
aku terima anugerah ini tanpa rasa... tanpa rasa bangga, tanpa rasa megah, tanpa rasa apa-apa... orang nak bagi aku ambil saja la...

turun dari pentas... "tahniah su, anda cemerlang!" ucap Dr. Khairi kat aku...he... he... he... aku rasa nak gelak berguling-guling masa tu jugak... gelihati yang teramat-amat sangat...

cemerlang ke aku...???

kau silap sebenar Khairi, ukuran kecemerlangan seorang guru bukan diukur dari pencapaian 100% kelulusan matapelajaran yang diajarnya...

pencapaian dalam P&P mungkin dinilai 10% atau kurang, kokurikulum mungkin 20% selebihnya kerja-kerja tambahan yang diberi, kerja-kerja perkeranian... paling tidak cekap dalam perkomputeran... ataupun hias menghias sekolah... dan macam-macam lagi... tapi yang paling aku pasti seorang guru cemerlang itu mesti ada sikap 'yes man!'... banyak cakap, banyak komplen, banyak kritik, banyak songeh.... tak main... kirim salam banyak-banyak... kau bukan cemerlang...

betul tak Dr. Khairi...

situasi 2 (dua bulan lepas)


Pn. Hjh Rafiz (penyelia mata pelajaran di JPN)

... berikut saya umumkan 3 orang guru yang saya pilih untuk menghadiri seminar guru cemerlang pada 30 april kat seri malaysia, taiping...

1. Encik Zac
2. Encik Naz
3. Puan Sue

cikgu-cikgu akan di'grooming' menjadi guru cemerlang... sambung beliau... bla...bla... bla...
ketika itu...
kembang kecut perasaan aku... betul ke aku boleh jadi guru cemerlang?
ahhh... tak minat laa...
cukuplah sekadar menjadi guru kecil di sekolah cemerlang...

kau mesti pegi seminar tu, lepas tu mesti isi borang permohonan...kata puan hajjah memberi semangat.
tak tentu arah aku dibuatnya...
hebat sangat ke aku?
cemerlang ke aku?

di mata orang luar mungkin aku kelihatan hebat dan cemerlang dengan deretan tugas-tugas penting untuk membangun kurikulum...
1. membina item
2. membina modul2 p&p
3. pentaksir kawasan
4. guru sumber negeri
5. ajk panitia daerah
dan macam-macam lagi
terbaru... penceramah/fasililator kursus la pulak...

namun...
jauh di sudut hati... aku masih belum cemerlang... aku bukan cemerlang... dan sampai bila-bila pun aku tak akan jadi 'guru cemerlang'...
kerana pada aku...
kecemerlangan seseorang guru itu bukan dipandang dari gelaran 'guru cemerlang'
tetapi...
keupayaan seseorang guru mencemerlangkan murid-muridnya...
ye ke...?
kolotnya pemikiran aku...

apa yang pasti...
aku cuma...
'guru kecil di sekolah cemerlang'

malas tah ku ingau...

4 tetamu aku:

ASYIQ said...

Cayalah kak...akak tetap cemerlang di mata saya!

Akak bkn saja cemerlang dlm p&p, tapi juga cemerlang dalam semua perkara...

Akak yg ajar saya cari kedai borong kt tepi sungai....akak yg ajar saya cara2 nk beli camera yg bagus punya...akak yang ajar saya nak cari tukang sulam yang murah....akak yang ajar saya nak masak atas aluminium zink....pada saya akak CEMERLANG....bukan bodek ni...

Akak perasan tak??? Bila saya ada masalah yang kononnya tak boleh settle mesti saya dtg cari akak kat opis...pas tu masalah saya akan selesai.

...akak juga cemerlang sebab menjadi salah seorang guru kesayangan kak long...budak lain takut ngan akak dia tak pulak. Hihi....so u still the great.

..best yer tahun ni dpt medal/plak....kalau dulu asyik dapat sekotak gelas jer...sampai la ni pun saya belum guna gelas tu. Kotak gelas hadiah kawin dulu pun masih ada yg belum buka...haha.

oneluvsue said...

betul-betul-betul(ikut upin dan ipin)
gelas tu masih dalam kotak lagi... nak bagi hadiah kat orang kahwin, tak sampai hati, nak pakai tak bekenan plak...

cemerlang dan suka membantu, dua perkara yang berbeza...

penilaian orang terhadap kita juga tak sama...

dimata e-qin, mungkin akan cemerlang... di mata orang lain???

akak tunggu e-qin jadi boss...
tiap2 tahun bagi apc kat akak...
he...he... he...

kirana said...

Tahniah... dpt anugerah guru cemerlang. Cikgu mmg cemerlang, kalau tak, mane ader org nak bagi anugerah cam gitu kat cikgu, kan? Tahniah lagi sekali!

oneluvsue said...

Kirana,
alahai dik oiiii...
sekali lagi akak rasa malu...
akak bukan guru cemerlang dik oii...
cuma pencapaian cemerlang dalam P&P je...
tak de makne nyer...
adik doakan akak dapat gc tanpa isi borang... kan bagus...