CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 31, 2008

yaya oh yaya... not papaya...

ewah... ewah... ewah...
yaya sudah pandai intai2 blog uda ya?
ketawakan uda lagi...
dah masuk blog uda kenapa tak komen?

sekarang...
kita sama2 ketawa... ok?

ini gambar candid yaya...
hensem kan?
he... he... he... jangan marah ya...

sebenarnya yaya ni hensem jugak...
sengaja uda letak gambar yang tak hensem. biar semua awek reject yaya...
ha... ha... ha...

my dear yaya @ Ahmad fadhullah Panni

yaya... anak buah aku... anak kakak yang kedua. yaya dari kecil memang nakal dan degil... tapi comel sangat masa dia kecil. apa yang aku tak boleh lupa tentang yaya ialah... masakannya...
bukan kari, bukan sushi, bukan chicken chop... tapi mee segera@maggi perasa ayam yang dimodifiednya menjadi makanan paling sedap di abad ini... bayangkan maggi perasa ayam tapi tersangat pedas dan masam... adui... adui...adui... tak boleh bayangkan... nanti kepingin pulak...

nanti kau yaya, kalau uda balik... uda paksa kau masak maggi 12 mangkuk untuk uda...

Saturday, December 27, 2008

reunion 2008 - polisas pk8587

zaki, sofuan@myhubby, kamarulzaman, azman@man penang, sanif
sabri@kent, basran, aku, zainal, ramli@uda

25 - 27 disember 2008, bertempat di Lumut Country Resort... pertemuan semula sebuah persahabatan yang telah 'berpisah' lebih 21 tahun.

pertemuan yang sekian dirancang, diimpikan dan dinanti... hampir tidak menjadi pasti. tapi... atas usaha gigih uda@ramli dan sokongan kuat dari zainal, akhirnya impian jadi realiti. walau cuma 11 orang yang hadir, tapi sudah memadai untuk meleraikan segala kerinduan...

mengimbau memory silam... di tahun 1985 hingga 1987
terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah kami lalui bersama. jerit pekik, gurau senda, kutuk mengutuk, perli memperli, rajuk merajuk sudah menjadi mainan kami. heppeing giler waktu itu. banyak perkara yang kami lakukan bersama... terlalu banyak kenangan...

zaki... sahabat yang baik dan sentimental. awal2 lagi dah declare ada makwe, eliza namanya. zaki memang setia, eliza kini jadi isterinya. mereka dikurniakan 3 orang putera yang hensem2. zaki masih macam dulu... tak banyak cakap, maintain sentimental.

sofuan... juga sahabat aku yang paling baik masa itu, caring dan baik hati... sekarang dah jadi hak milik kekal aku...

kamarulzaman... sahabat yang paling aku sayang masa itu. dia agak pendiam... tapi dengan aku, pendiamnya hilang entah kemana. seronok gurau dengan dia... dia baik, tak pernah menjengkelkan. hari akhir aku di semenanjung masa final year, man belaja aku makan kat benteng kl dan hantar aku sampai pudu raya. mak dia ingat aku makwe dia.
man masih macam dulu juga... dia dah ada isteri yang cantik, nor ayu namanya dan sepasang putera puteri.

halim... jawa johor. mula2 jumpa, takut nak dekat dengan dia, macam garang sesangat. tapi lepas itu... baru tau halim budak baik sebenarnya. aku lupa... apa kenangan aku dengan dia. tapi halim kini dah jadi suami kepada kamila dan ayah kepada 2 orang putera dan seorang puteri.

azman... man penang. mamat sorang ni... terkenal kerana hidungnya. kelakar sangat, kerana hidungnya aku hampir patah kaki. man penang pun sebenarnya tak banyak karenah. tapi... dia buat kami semua panik masa dia kena operation. masa tu kami terlibat dalam program keusahawanan pelajar negeri pahang. man tauke rojak buah... resepi kat dia, tapi dia dah ko. alamak... nasib baik ada aku...
man berkahwin dengan zainon bariah dan dikurniakan seorang putera dan 3 orang puteri.

sanif... dia ni kurang geng dengan kami. dia asyik mengorat aida, budak elektrik tu. tak pernah jemu, walaupun aida tu buat tak tau kat dia. aida tu cantik... sanif dah lah tak berapa nak hensem masa tu... tapi kuasa Tuhan... aida kini jadi isteri dia jugak. diorang dah dikurniakan sepasang cahaya mata yang hensem dan comel.

sabri... kami panggil dia kent. dia ni musuh ketat aku, pantang ada peluang kami akan gaduh. tak ada sebab pun, kami akan cari sebab untuk gaduh. aku rasa masa tu... kamilah yang mengheppeningkan kelas tu. tapi kent sebenarnya baik hati. sahabat sejati aku. kent sanggup datang naik motor dari klang ke subang airport nak hantar aku balik sabah masa final year.
kent kini dah jadi milik kepada wanita bernama azlina dan dikurniakan sepasang cahayamata.

basran... anak jati kota, bukan kota kuala lumpur tapi kota negeri 9. banyak gelaran kami bagi kat dia... hulk hogan, baskaran singh... basran pun tak banyak cakap sebenarnya. tapi dia di antara member baik. basran juga dah ada sepasang putera puteri hasil perkongsian kasih dengan wanita bernama rosmariny.

zainal... anak jati kuantan. dialah tonggak utama kami, sumber kami... mentang2lah dia orang kuantan, masalah domestik semua serah kat dia. sekali sekala aku suka juga gaduh dengan zainal ni. tak boleh lupa... tengah2 malam ikut zainal cari member yang hilang... geli hati ada, seram pun ada.
zainal memang baik hati dari dulu... suka tolong kawan. reunion kali ni pun dia banyak sponsor. alhamdulillah rezeki dia murah. kontraktorlah katakan...
tapi aku sedih jugak tingok dia, coz dia sorang aje yang semakin kurus.
nor suriati... wanita yang berjaya menambat hati zainal. mereka kini bahagia dengan kehadiran 3 orang puteri dan 2 orang putera.

ramli... juga dikenali sebagai abang uda. ramli sahabat kesayangan aku. ramli sebenarnya kembar aku. kami dilahirkan pada tarikh yang sama dari perut ibu masing2. kami memang ngam dari dulu, sekali sekala aje gaduh. dialah orang yang paling aku nak jumpa selepas kami berpisah lebih 20 tahun lepas. kini... ramli dah jadi ayah kepada 2 orang putera dan 2 orang puteri hasil perkongsian hidup dengan asmah. mereka sedang menanti kehadiran anak ke 5.

mereka2 ini cuma sebahagian kecil dari semua sahabat aku. ramai lagi yang aku rindui... yang aku ingin temui... tapi ruang dan waktu belum mengizinkan. insyaallah... reunion seterusnya yang akan dibuat pada disember 2010 di cherating akan menemukan kami semua.

aku sebenarnya terlalu merindui... jasni, mulyadi, talip, zizi, azizee, anuar, mat cheh, mail, akmar dairy,arif mahadi, che amer, lina, yati, dara, chang, ros, hamsina, kawaljit, hasnah, isnariah, liza, jacqueline, poh cheng, salilah... dan lain2 lagi... yang mungkin aku terlupa.

Saturday, December 13, 2008

kiblatku...

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tekad
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku
Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tekad
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku
Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

Thursday, December 11, 2008

anak-anak sudin...

bila aku bagitau kakak yang aku dah ada blog sendiri, dia tanya... ada kau masukan gambar kita adik beradik?
makanya atas permintaan kakak...
aku upload gambar kami adik beradik yang comel2, cute2 dan handsome2 ni...
gambar di ambil pada 1 december 2007 semasa majlis perkahwinan nonong.

beratur mengikut urutan dari yang sulung sampai yang bongsu...
dari kiri... kakak, abang, ani, julie, aku, ujang dan yen.

tapi sebenarnya aku cerita lucu disebalik gambar tu...

kenapa kami semua ketawa? kenapa kakak ketawa sampai terduduk?
sebenarnya kami diminta untuk bergambar mengikut urutan dari sulung hingga bongsu.
tapi kakak lupa diri pulak, terperasan muda... apa lagi ditolaknya abang ke tepi. dengan bangganya kakak mengambil tempat di nombor 2.
'aik? sapa pulang yang tua anik? aku kah?' tanya abang slang bruneinya...
ha... ha... ha... kesian kakak, semua orang ketawakan dia... malu pun ada...

tapi... itu semua kenangan...
bila ia akan berulang? aku pun tak pasti...
demi tuhan... setiap detik, setiap saat, setiap jam dan sepanjang masa, selagi aku bernafas aku terlalu merindui saat-saat seperti ini. saat di mana kami dapat berkumpul adik beradik. bergelak tawa, bertengkar, bergurau senda, berjerit pekik, bermarah-marahan dan macam-macam lagi yang aktiviti yang kami lakukan... yang akhirnya bila kami berpisah... ia akan menjadi kenangan manis dalam hidup kami...

malas tah ku ingau...

Tuesday, December 9, 2008

pindah atau tidak...???

masih lagi berkisar tentang kecelaruan fikiran aku...

kakak masih lagi tanya, jadikah aku pindah balik sabah? apa patut aku jawab?
kalau ikutkan hati... sekarang juga aku pindah. tapi... pindah bukan satu kerja yang mudah, banyak perkara perlu difikirkan.

julie dan ani sudah hilang kepercayaan pada aku. diorang ingatkan, aku cuma main2 saja. tapi sebenarnya... jauh di sudut hati aku aku memang mau pindah balik sabah. aku dah janji dengan julie... paling lewat tahun 2010. insyaallah...

betul kata kakak, aku dah terlalu lama tinggalkan sabah. sedar tak sedar dan 30 tahun, dah lebih dari separuh hidup aku. dah sampai masanya aku balik... kata kakak. 10 tahun aku mendapat pendidikan di semenanjung... dan sudah lebih hampir 20 tahun aku berkhidmat di bumi malaya ini.

sebelum itu... aku tak pernah lupa yang aku jugak pernah mendapat pendidikan di bumi kelahiran aku... walau cuma 6 tahun di sekolah rendah. kakak selalu cakap... aku mendapat pendidikan yang bagus di sini adalah hasil duit rakyat sabah... yang menanggung biasiswa aku.
10 tahun aku hidup dengan biasiswa rakyat sabah. tapi apa balasan aku pada rakyat sabah? apa sumbangan aku pada negeri aku?

atas sebab musabab itulah aku rasa aku patut pindah balik sabah. insyallah aku akan habiskan sisa2 perkhidmatan aku di negeri aku pulak. doakan aku berjaya...

satu lagi sebab kenapa aku teringin sangat nak balik ialah... kasih sayang yang besar.

kasih sayang yang besar? apa bendanya tu?

di sabah aku punya famili yang besar, ramai dan luas. kalau dulu aku tak pernah ingaukan semua tu. tapi sekarang... aku dapat rasakan, sebesar itulah... seramai itulah... seluas itulah... kasih sayang yang ada disekeliling kami semua...

'kasih sayang besar membuat jiwa manusia besar, tapi sayang... tidak setiap insan bisa memilikinya...'
ungkapan ini aku petik dari sebuah novel indonesia yang aku baca zaman kanak2 aku di kampung dulu. kalau tak silap aku, tajuknya... 'ali topan'

kecelaruan fikiran...

dua tiga hari ini fikiran aku betul2 bercelaru... tak tantu arah... banyak perkara yang aku fikirkan...
tapi... sebenarnya hati aku meronta2 ingin terbang balik ke kampung...
pagi2 hari raya korban, kakak call. kakak ada di kampung. julie, ani juga ada. abang dah balik kampung isterinya... kata kakak.
aku cukup tak boleh dengar adik beradik aku berkumpul di kampung... aku mula geram... jelez... dan rasa mau terbang balik, tapi... apakan daya, jarak dan waktu selalu saja jelez pada aku.
kakak kata, kakak balik kampung bukan mau sambut raya korban, tapi mau jenguk bibi. sakit bibi dah semakin tenat kata kakak. lagilah aku rasa macam menyesal tak balik cuti kali ini...

bibi@saliana

bibi merupakan anak buah sulung dalam keluarga kami. bibi anak ani dan kakak kepada nonong. bibi juga isteri kepada cikgu azlan dan ummi kepada azam, adam dan sarra.
bibi disahkan mengidap penyakit SLE sejak beberapa tahu yang lalu.

aku sendiri pun kurang pasti, apa SLE itu?. tapi aku ada baca sedikit info dari internet. SLE merupakan sejenis penyakit kecelaruan antibodi. bolehkah penyakit ini diubat? apakah rawatannya?... aku pun tak tau...

aku cuma boleh berdoa dan berharap agar bibi bisa sembuh, cepat sembuh dan kuat menghadapi dugaan Yang Maha Kuasa...

Ya Allah... Ya Tuhanku... berikan kekuatan dan ketabahan kepada bibi untuk menghadapi dugaan ini... segala ujian yang diberi olehNya sebenarnya adalah tanda kasih Yang Esa kepada kita.

buat lalan@azlan... semoga Allah akan sentiasa memberi balasan yang baik pada mu di atas segala kasih sayang, ketabahan, kesabaran, pengorbanan dan segala-gala yang telah kau curahkan kepada bibi selama ini....

azam, adam dan sarra... cucu2ku yang disayang dan dirindui...
jadilah anak2 yang baik, jaga ummi baik-baik, jangan nakal2, jangan bagi ummi marah dan susah hati... azam dan adam belajar rajin2. sarra... jangan suka merayap sendirian...

Friday, December 5, 2008

zana yang cute...


ini gambar zana dengan aleeya di pearl harbour...

gambar zana dengan *'bubuhan' @ 'krabat'
(*tanya abah, apa maksudnya)


ini gambar kita... masa kahwin kakak nonong...

gambar ni, uda paling suka...

zana dukung siapa tu...?