CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 27, 2008

cantik ke...???

dah dua hari tak update blog...

bukan tiada idea... macam2 idea yg keluar dari kepala otak. tapi... macam tak menjadi jak... semua masuk draf...

so... cuba2lah cantikkan blog... mau lawan blog si nana tu. banyak betul idea keluar dari kepala otak dia...

cantik ke rupa blog aku yg baru ni???

pada aku sudah sehabis cantiklah konon...

malas tah ku ingau....

Tuesday, November 25, 2008

untuk afiq pulak...

ini gambar afiq dengan uda december 2007...

ini gambar afiq dengan ... siapa ya?. uda sengaja indak mau cakap. biar awek-awek afiq terkezuttt...
afiq explain lah sendiri...

Monday, November 24, 2008

stereogram lagi...

kata orang....
ia menyakitkan mata... memeningkan kepala...

tapi bagi aku...
bukan semua dapat melihat...

satu ketenangan... satu kepuasan... satu kesyukuran...

malas tah ku ingau...

kesayangan aku...

3 orang PATI bersiap sedia mau di antar balik negeri....

3 orang jejaka yang tak seberapa handsome ni sebenarnya ialah 3 lelaki paling bermakna dalam hidup aku..

first...
subri sudin @ abang sab, satu2nya abang yang aku ada di dunia ni. sejak kecil lagi kami memang rapat. abang yang aku kenal... baik hati.. penyayang... perihatin... tidak ce
pat marah... pembersih... tidak kedekut dan macam2 lagi. apa yang pasti abang disayangi dan dihormati oleh semua orang. seawal 15 tahun abang sudah bertanggungjawab memikul beban membantu mencari nafkah keluarga. akulah yang selalu diheretnya kemana2. bila cuti sekolah kami pegi motong getah, kutip getah skrap, petik buah koko, kupas koko dan macam2 lagi kerja yang boleh mendatangkan duit. aku masih ingat lagi... abang selalu janji, kalau dapat duit jual getah skrap... abang bawa aku naik enjin@keretapi ke beaufort. apa lagi berusahalah aku bersungguh2 mengutip getah skrap tu... kepingin mau rasa naik enjin. tapi... hampeh... frust!!! masa tu aku belum faham kesengsaraan hidup... tak apalah... tapi akhirnya pada umur 12 tahun aku dapat jugak naik enjin tu... dan terus naik flight ke malaya... he..he.. he..

second...
sofuan idris noor, my loving hubby. sudah lebih dari 22 tahun aku mengenalinya dan sudah lebih 18 tahun aku berkongsi hidup dengannya. sofuan yang aku kenal... sama seperti abang, penyayang, perihatin, baik hati, romatik dan macam2 lagi. sebenarnya... dia kawan baik aku semasa di kolej. kawan2 semua hairan macamana aku yang brutal ni boleh kahwin dengan sofuan yang cool tu. tapi... jodoh pertemuan di tangan Tuhan. apa yang penting dia terima aku seadanya...

Third...
yusli hj. yusof, my dear cousin. aku panggil dia uli saja walaupun dia lebih tua dari aku. uli anak babu iaitu anak kepada adik mak aku. kami memang rapat sejak kecil. kalau kami balik kampung, dialah yang akan tunggu kami di airport dan di rumahnya kami akan lepak. uli yang aku kenal jugak baik hati, kelakar, penyayang tapi orang kata dia kuat merajuk. dengan aku dia tak pernah pun merajuk. uli suka berjalan. cakap saja kemana mau pegi, dia akan bawa....
part lain aku akan cerita lagi pasal uli...

sebenarnya gambar ini di ambil semasa kami menghantar abang balik labuan.
ini feri ke labuan... wan dan uli ambik kesempatan merasa naik feri yang handsome dan gagah perkasa tu...


siapa lah aku....

hari ini aku free sangat2... so aku nak citer tentang mahluk2 penting dalam hidup aku...

first... arwah my mom and my dad... sorry tiada gambar, belum di scan lagi... dulu2 mana ada gambar digital.

second... tentulah my beloved hubby...

sofuan idris noor handsome tak?... handsome kah tidak kah, itu tidak penting... apa yang aku pasti dulu dia pernah handsome (20 tahun yang lepas... barangkali)... kalau tidak, tak kanlah aku kahwin dengan dia. tapi aku pilih dia bukan sebab kehandsomeannya. Tapi... aku saja yang tau... malas tah ku ingau...

third... anak2 aku yang kadang2 memeningkan kepala otak aku... tingok yang berderet di sebelah tu... coe, angah, abang yang, kakak dan adik... sorang tiada di depan mata, aku jadi bingung... tiap satu dari mereka ada keistemewaan tersendiri... coe selalu cakap, "mama kena kena belajar2 hidup tanpa coe, tahun depan coe kena keluar dari rumah ni... further study" aduyai... tak dapek den nak tolong...
sebenarnya... aku dah mula kena terima hakikat... anak2 dah semakin besar, satu2 akan keluar rumah untuk teruskan hidup mereka dengan cara yang mereka pilih. tapi aku selalu pesan... 'pergilah kome sejauh manapun, tapi... tiap2 bulan kena pulang jumpa mama... kalau tidak mama akan merajuk dan balik sabah... padan muka kome...!!!' he.. he.. he...

seterusnya..... ini kakak aku yang sulung, junainah sudin@june@junah. aku panggil dia 'kakak' jak, anak2 buahnya panggil dia 'mak long', suami dia panggil 'intan'... tapi sarra (cucu kami) panggil dia 'kak yong' ha.. ha.. ha.. sejak mama meninggal (20 tahun yg lepas), kakak merupakan ibu kepada kami adik beradik. dialah yang membesarkan dan menjaga kami... sehinggalah aku menjadi... orang... kakak menetap di tawau...


ini abang aku paling aku sayang... laaa aku kan cuma ada satu abang, tiada pilihan terpaksa sayang dia saja. subri sudin@sab nama dia... aku panggil dia abang coz aku cuma ada satu abang. anak2 buahnya panggil dia 'pak besar' why?... macam tak relevan langsung kan? ini semua angkara adik bongsu (yen) aku yang panggil dia 'abang besar'.... coz yen saja yang ada 2 abang.
yang macam datin tu, kakak ipar aku, azizah. diorang ni mama & abah kepada si nana, si afiq dan si zana. sekarang diorang menetap di labuan...

kakak kedua aku, sapnie sudin@anie, aku panggil dia 'anie' jak... arwah mama selalu marah coz aku tak panggil kakak, tapi apa boleh buat... sudah kasip. suami di panggil dia 'adik'. adik2 aku yang lain panggil dia 'engah' anak2 buah panggil dia 'mama', tak taulah aku kenapa... dia mama kepada saliana@kakak dan suzyana@nonong. dia juga nenek pada azam, adam, sarra dan ryan. cayalaa... sekarang dia tinggal di kk... mahluk halus yang didukungnya tu... sarra... cucu kami...
alahai... kesian sarra... dipanggil mahluk halus... itulah sapa sapa suruh panggil aku 'cucu'...

kakak ketiga aku namanya joriyah sudin@julie. masa kecil kami macam kembar. orang selalu keliru... sama kah muka kami... tak punnn... dia merupakan 'mummy' kepada anak2 buahnya. bobby, e-chik, bella, boy, e-ko, e-jay ialah anak2nya... dia tinggal dan menetap di penampang. impiannya mau taruh jari di 'you are here' globe besar di tips of borneo. so masa kami holiday december 2007, kami bawa dia sekali. dia punya happy... sampai beguling2 ha.. ha.. ha..

ini adik lelaki aku, the only one. nama dia ujang@sam@mohd tahir sudin. kami sekeluarga panggil di 'ujang', orang lain panggil dia 'sam'... dari mana timbulnya nama 'sam' ni, aku sendiri pun tak pasti. tapi anak2 buah panggil dia 'pak ujang'. perempuan di sebelahnya tu... sarimah@ming.... isteri dia... ming orang kota belud dan sekarang diorang menetap di sana... anak-anaknya.. . shahir, intan, nina... siapa lagi ya? alamak... lupa sudah aku. anak buah sendiri pun pandai lupa nama.... sorrylah jang...

adik aku yang bungsu.... linda junaidah sudin@yen. kami panggil dia yen saja. tapi dia mau anak2 buahnya panggil dia 'aunty'... dia sudah ada 6 orang anak... dialah satu2 waris kami yang masih tinggal di tenom. susah betul mau dapat gambar dia yang bagus... gambar ni kira oklah... mahluk yang tidak berapa handsome tu... siapa lagi... si angahlah... masa angah kecil, aunty yang jaga angah...

alamak...!!! terlebih sudah...
nanti aku sambung lagi... banyak lagi mau cerita ni... malas tah ku ingau...

ryan sudah... sarra lah pulak....

kalau sarra tau gambar ryan udah kena upload... dia mesti jeles punya... so ini gambar sarra sedang bertukar menjadiiiiiii.................. ulat gonggok...!!!!!!


ini gambar sarra bersama 'atuk besar'. kongsi2 dengar mp3...













sarra... satu2nya cucu perempuan kami setakat ini. sarra suka dan pandai bergaya... tapi puting tidak boleh lepas dari leher. barangkali sarra mau jadi modeling... tapi maukah tinggi lebih 5 kaki kalau besar nanti?... he... he... he...
sarra memang comel, tapi aku geram... coz dia panggil aku cucuuuuu!!!!!......

Saturday, November 22, 2008

khas untuk nana...



ini ryan... anak kakak nonong. hensome tak? baru 2 bulan tapi sudah pintar. tanya baba, ada macam muka kakak nonong kah masa kecil.

uda malu la nana... baru belajar2 jak. cuti sekolah, tiada apa mau buat. so... gatal2 tangan buat blog. itupun coe baru ajar. tapi uda lagi terer dari dia... malas tah ku ingau...

stereogram


stereogram... satu lagi kesukaan aku...

...bukan semua dapat melihat...

seronok pulak...

pagi tadi, bila buka blog yang baru aku ilhamkan,
"wow! mama dah pandai buat blog sendiri laa. kiranya mama dah setanding RPK" kata angah.

kalaulah aku tau... buat blog semudah ini...
dah lama aku tulis segala apa yang ada dalam otak aku...
dah lama nora suruh aku buat blog sendiri, tapi aku kata... ahh tak penting. aku buka internet sebab nak download drama korea dan drama thai yang aku suka saja.

cuti sekolah ini... tak banyak benda nak di buat, so aku minta coe ajar buat blog... akhirnya... berhasil. tak lah sehebat RPK atau che det, tapi sekurang-kurangnya aku setanding juga dengan ramlah dan nora. masalahnya bahasa aku yang kurengggg...

malas tah ku ingau...

Friday, November 21, 2008

Alahai MB Perak...



Nov 9, 2008... jalan-jalan bawa anak-anak makan angin ke Langkawi, walaupun cuti sekolah belum bermula....

tau tak sape yang aku jumpa kat Dataran Lang?... sape lagi.... MB Perak lah. beliaupun bawa anak isteri makan angin ke langkawi... menurutnya. apa yang sangat aku surprise tentang beliau ialah... sikap beliau yang peramah dan mesra alam. melihat aku tersenyum, lantas beliau memberi salam dan bertanya khabar. macam-macam yang kami sembangkan sedetik itu. pasal kerja, pasal keluarga dan macam-macam lagi. aku rasa macam dah kenal lama. maklumlah aku tak pernah kenal sape YB sebelum ini. alamak teruja semacam...

seingat aku, tak pernah aku jumpa seorang kenamaan yang jalan tanpa bodyguard. tapi beliau berjalan bersama keluarga dengan santainya tanpa bodyguard. tak taulah pulak aku kalau bodyguardnya intai dari jauh aje.

terlintas difikiran... semua YB, semua menteri, semua ADUN macam ni ke?...

Opps...!!! sebelum terlupa, gambo kat atas tu, aku ambik masa anak-anak aku tengah berlari mengejar helang beso tu. Orang pakai t-shirt biru tu lah MB Perak, yang pakai tudung putih tu isteri beliau dan 2 orang budak perempuan tu anak-anak beliau. tak sengaja terambik gambarnya. cayalah aku...


aku berdoa semoga beliau akan kekal memerintah negeri perak dengan kebijaksanaan yang ada pada beliau... amin...

percubaan... percubaan... 1...2...

Yes!!!... yes!!!...yes!!!... akhirnya aku berjaya membuat blogku sendiri. tak kiralah aku nak sembang pasal apa, janji aku pandai buat blog aku sendiri. Aku nak buktikan pada Ramlah dan Nora, walaupun aku tak datang kursus buat blog tu.... tapi akhirnya aku berjaya juga. He... he... he...

Nak citer pasal ape yer kat blog aku ni?. Nak citer pasal sekolah?... pasal kerja?...
Ahh!!!... boringlah...

Sekarang ni cuti, so... cutilah. Apa nak fikir pasal kerja pulak. Tapi... kena fikir jugalah pasal kerja. Coz... banyak kerja lagi yang terbengkalai. Semua kerja tak update. Fail panitia, fail koku, stok dan macam-macam lagi semua tak beres.

Kak Minah...(HEM merangkap PK... merangkap Pengetua), jangan marah ye... Su janji sebelum ayam berkokok pada 1 januari 2009, semua kerja beres!!!...

Tak tau lah kenapa, 2 tahun kebelakangan ini semangat kerja semakin menurun. Rasa macam nak pencen esok aje. Pak kal lah loan rumah banyak lagi, anak-anak masih sekolah, kalau tidak... dah tentu aku bergelar 'cikgu pencen'. Nak kata malas, aku bukan pemalas dan aku pernah dapat APC 10 tahun yang lepas. Maknanya aku pernah cemerlang. Tapi bak kata Kak Ann (mentor aku)... itu krisis usia, maklumlah dah melangkau usia 40. Tapi aku rasa bukan. Hanya aku yang tau sebabnya. Tapi azam 2009 yang akan cuba aku capai ialah... tingkatkan prestasi diri, prestasi kerja, tak mau malas malas lagi... bukan untuk kejar APC, tapi semua kerja beres sebelum cuti sekolah. So... aku boleh cuti dengan senang, tenang dan tak fikir pasal kerja lagi.

Ok lah untuk kali ini...